fbpx

Mengenai Kami

Pengasas

Muhammad Zahid bin Zaharudin merupakan pengasas MZ Herbs & Resources (Company No. MA0241117-D) yang membawa jenama EMZZEC. Dilahirkan pada 18 November 1997 di Kajang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di SK Jalan 4, Bandar Baru Bangi dan SMK Dato Abu Bakar Baginda, Sungai Ramal. Memiliki Diploma in Engineering Technology (Electronics & Information Technology) dari German Malaysian Institute. Minat dan kecenderungan  dalam bidang keusahawanan terpupuk sejak beliau bergelar mahasiswa lagi.

Penasihat Saintifik

Mahanem Mat Noor merupakan pensyarah (Prof. Madya Dr.) dan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia yang memperoleh PhD. dari University of Sheffield, UK. Beliau adalah pakar dalam bidang Biologi Pembiakan, khususnya dalam kesihatan pembiakan lelaki. Pada Januari 2017 salah satu hasil penyelidikannya telah difail-paten (PI 2017000028). Sebagai pengiktirafan atas karya dan inisiatif penyelidikannya yang sangat baik dalam bidang kesihatan pembiakan beliau telah dinobatkan sebagai Wanita Terhormat dalam Biosains oleh Yayasan Antarabangsa Venus, India (2017). Penyelidikan beliau mendapat sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak pemberi geran penyelidikan di peringkat nasional dan internasional seperti Geran MOSTI, Program Transformasi Ekonomi (ETP), Geran Universiti Penyelidikan, The World Academy of Sciences (TWAS) dan Malaysia Toray Science Foundation (TORAY). Sebagai menghargai bantuan kewangan pemberi geran, beliau sentiasa mempastikan hasil penyelidikannya dapat ditranslasikan kepada produk yang berupaya memberi impak positif dan manfaat kepada masyarakat. Natijahnya beliau telah berjaya memformulasikan minuman kesihatan berasaskan herba dengan jenama Gynulin ™. Hasil inovasi tersebut berjaya memenangi beberapa pingat emas dan anugerah khas semasa pertandingan inovasi seperti PECIPTA (2017), INNOTVET (2017), Si2TE (2018), ITEX (2018) dan Anugerah Inovasi Terbaik KASS-ITEX (2018). Dalam usaha melebar-luaskan ilmu dan pengalamannya dalam penyelidikan beliau turut menulis dan menerbit dalam jurnal, buku serta menyampaikan ceramah hasil penyelidikannya dalam pelbagai persidangan dan pameran BioEkonomi ( nasional&  internasional). Secara keseluruhannya fokus utama penyelidikan beliau adalah meningkatkan dan memperkukuhkan penyelidikan dalam herba ubatan dan hasilan semulajadi ke arah kesejahteraan kesihatan. Beliau percaya bahawa hasilan semulajadi daripada biodiversiti flora dan fauna adalah sumber semulajadi yang memiliki potensi besar dalam menyumbang pembangunan industri bioekonomi.

VISI

Menjana bioekonomi dan menyejahterakan kesihatan masyarakat melalui inovasi.

MISI

  • Mengeksplorasi biodiversiti flora dan fauna untuk menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan inovasi penyelidikan.
  • Memperkasa kolaborasi universiti-industri bagi menyahut cabaran translasi R&D dalam menjana ekonomi.

galeri

Hubungi team Kami

Visit Us

No.6 Jalan 5B/2 , Seksyen 5

Bandar Baru Bangi,

43650 Selangor

Sitemaps

Mengenai Kami

Produk

Anugerah

Hubungi Stokis

Contact us

019-2633785 emzzecherbs@gmail.com

 

Need Help? Chat with us